Saturday, 6 September 2014

Tokoh Pejuang Sabah - Antanom

TOKOH PERJUANGAN SABAH
Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah mempunyai beberapa orang tokoh yang memperjuangkan tanah air Sabah dengan semangat jiwa yang kental yang cinta akan tanah air sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahankan adat, bangsa, kaum, dan paling terutama adalah tanah air Sabah agar dapat dirasai oleh cucu cicit generasi sekarang. Antara tokoh yang memperjuangkan Sabah yang akan saya ceritakan di sini ialah Antanom.

Biodata beliau ;

  • Nama Sebenar : Ontorus A/L Antanom
  • Jawatan : Ketua Kaum Murut Di Rundum
  • Tarikh Lahir : 1885
  • Tahun Mula Memimpin : 30 Tahun
  • Tempat Kelahiran : Masinpunon di Sungai Selarom
  • Dikenali sebagai : Pahlawan gagah dan berani


Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Beliau dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “. Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.Orang pengecut tidak ada tempat dalam dunia rimba. Didalam keadaan persekitarannya bergolak oleh permusuhan kaum yang berpunca dari hutang darah, Antanom/Ontoros tidak ada pilihan, selain daripada berwatak keras dan berani. Jika pun dia menjadi jahat dari kacamata Inggeris, kerana tidak tunduk kepada kuasa mereka, bukanlah kerana Tuhan membentuknya menjadi orang ganas, tetapi  suasana persekitarannya yang memaksa Antanom/Ontoros bertindak demikian. Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman.
FAKTOR PENENTANGAN

  • MELARANG MEMBUKA TANAH BARU 
SBUB melarang mereka membuka tanah baru mengakibatkan mereka merasakan hak mereka terceroboh dan mengalami kekurangan beras . 

  • MENGENAKAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN 
SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti :
  1. Cukai kepala 1 dolar setiap orang
  2. Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
  3. Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
  4. Cukai tangkapan ikan besar
  5. Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
  • MENJADI BURUH PAKSA
Orang Murut dijadikan buruh paksa dengan tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum . 
  • MENZALIMI KELUARGA
Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai . 
Jika mereka mempunyai dua anak , salah seorang akan diambil untuk dijadikan buruh paksa . 

  • MENCEROBOH KAWASAN HUTAN 
SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan . 
Kaum Murut membantah kerana mereka percaya pencerobohan akan menggangu roh nenek moyang mereka

PERISTIWA PENENTANGAN

  • Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka
  • Feb 1915 - Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan . 
  • Mac 1915 - Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB . 
  • Kejayaan itu menaikkan lagi semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang .
  • Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 rumah bawah tanah . 
  • Apr 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
  • Pertempuran berlaku selama 6 minggu 
  • Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam mempertahankan Rundum
  • Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum'.

KESAN PENENTANGAN

- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom.
-8 orang kanan Antanom dihantar ke Kudat
-Pengikut-pengikut lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
-SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya.
-orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB 

Selain itu, ini adalah video tentang tokoh perjuangan Antanom yang saya dapati daripada youtube, hee
http://www.youtube.com/watch?v=rieN_9mbLHI

Sumber rujukan :
buku sejarah tingkatan 2
Disediakan Oleh :
Dg. Nurkhaleesa Adiba Binti Mohd. Kifflee
Kelas :
DAT 1A
No. Matrix :
07DAT14F1045

6 comments:

  1. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thank you because tell about antanom's story.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana memberi saya info Antanom saya perlu buat buku skrap untuk kerja sekolah

    ReplyDelete