Tajuk:
Tokoh Penentangan Di Sabah.
Pada
masa kini,Malaysia merupakan negara yang paling aman dan harmoni
kerana Malaysia tidak lagi mengalami masalah peperangan seperti yang
berlaku pada zaman dahulu,begitu pun di negeri sabah.Sabah juga telah
mengecapi kemerdekaan.Seperti yang kita tahu,selain negeri-negeri
melayu di tanah melayu,sabah juga telah dijajah oleh pihak british
melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara.Penduduk di sabah amat
mementingkan adat dan tradisi mereka.Oleh hal demikian,penduduk sabah
telah bangkit menentang kerana tindakan kompeni melanggar adat
mereka.Antara tokoh yang terkenal di sabah ialah Mat Salleh atau nama
sebenar beliau ialah Datu Mat Salleh.Mat salleh merupakan pejuang
yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan
Inggeris di Sabah.Selain itu,Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah
Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh “Negeri Tambunan” sebagai
daerah dibawah kekuasaannya.
Mat
salleh memerupakan pembesar di hulu sungai sugut dan memerintah
kawasannya dengan bebas.Beliau dilahirkan di Inanam dan berketurunan
bajau dan sulu.Ayahnya,Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku
bajau.Hasil dari perkahwinan itu,lahirlah empat orang adik-beradik
iaitu Ali,Mat Salleh,Badin Dan Bolong.Mat Salleh.Datu Mat Salleh
mengambil tugas bapanya sebagai ketua kampung di daerah Linkabo dan
sungai sugut.Perbalanjaan pentadbiran Mat Salleh adalah daripada
pungutan cukai keatas pedagang-pedagang yang melalui sungai sugut
pada tahun 1894.Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh lalu
menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh
di sungai sugut pada tahun 1896-1897,walaubagaimanapun Mat Salleh
Berjaya melepaskan diri..
Selain
itu,Mat Salleh telah bangkit menentang Syarikat Berpiagam Borneo
Utara kerana penggenaan cukai,pembanggunan besar-besaran,perluasaan
kuasa,dan penganiayaan Inggeris terhadap mat Salleh Pada tahun
1897,Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan
pejabat pentadbiran kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau
Gaya.Tambahan pula,pada tahun yang sama Mat Salleh telah menyerang
dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di
Ambong.Selepas kejadian tersebut,pada bulan disember 1897 ,Inggeris
telah menyerang kubu Mat Salleh di Ranau tetapi mereka tewas dan
banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan
tersebut.Pihak Inggeris tidak berpuas hati,akhirnya mereka sekali
lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih
besar pada bulan januari 1898.
Oleh
itu,selepas serangan pada tahun 1898 itu, akhirnya Mat Salleh Berjaya
mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru,yang lebih
kuat dan kukuh di kampung Tibabar,Tambunan.Kota pertahanan tersebut
sangat kukuh malah disetiap penjuru kota dikawal dan terdapat
beberapa terowong dan jalan bawah tanah.Jalan bawah tanah dan
terowong merupakan jaln rahsia yang digunakan untuk meminta bantuan
senjata,makanan dari luar kota.Selain itu,jalan rahsia tersebut
dijadikan jalan untuk menyelamatkan diri apabila dikepung oleh pihak
musuh.
Pihak
Kompeni sangat bijak mengalahkan Mat Salleh.Mereka menggunakan helah
perdamaian dengan mengadakan rundingan damai tetapi kompeni telah
memungkiri janji mereka.Akhirnya,Mat Salleh ditipu dengan diberikan
hak mentadbir Tambunan tapi telah dikepung oleh pihak
kompeni.kejatuhan kota pertahanan pada tahun 1900 akibat serangan
hebat daripada kompeni Hindia Timur Inggeris dan mereka telah berjaya
mematahkan pertahanan Mat Salleh.Dalam masa pertempuran itu,Mat
Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama 6 tahun menentang
Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 januari 1900.
Walaupun
pada pandangan British Mat Salleh merupakan pemberontak tetapi bagi
rakyat tempatan,Mat Salleh merupakan pejuang kemerdekaan dan seorang
pahlawan.Oleh hal demikian,sebagai rakyat di negeri Sabah kita
haruslah mencontohi dan mengenang jasa pejuang kita kerana mereka
sanggup mempertahankan negeri Sabah daripada pihak kompeni sehingga
ke titisan darah terakhir mereka.
Sumber
Rujukan: (1)
dhayalannaidu.blogsport.com.es/p/sejarah-mat-salleh.html?m꞊1
(2)Buku teks
Pengajian Malaysia DUB1012(m/s 18)
Disediakan
oleh: Che Nilawati Binti Akup
Kelas: DAT1A
No.Matrik: 07DAT14F1061
शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
ReplyDeleteReadmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp