Monday, 15 September 2014
TOKOH PERJUANGAN SABAH (MAT SALLEH)
Mat Salleh
Sejarah tak pernah lekang dek zaman. Setiap negera dan negeri mempunyai sejarah tersendiri. begitu juga negeri Sabah di Bawah Bayu. Sabah mempunyai sejarah tersendiri. Sabah dahulu kalanya hanyalah sebuah negeri yang dijajah oleh orang inggeris. Namun kini Sabah telah bebas dari jajahan mereka dan Merdeka pada 16 September 1969 yang kini dikenali sebagai hari Malaysia. Pada dahulu kala, sabah mempunyai banyak tokoh yang memperjuangkan dan mendapatkan kemerdekan negeri Sabah dari dijajah.Salah seorang Tokoh yang memperjuangkan negeri Sabah ialah Mat Salleh.
Mat salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh bin Datu Balu. Mat Salleh yang merupakan pejuang Sabah yang terkenal dengan memberikan tentangan yang hebat kepada penjajahan di Sabah.Mat Salleh mempunyai empat orang adik beradik iatu Ali,Mat Salleh,Badin dan Bolong.Mat Salleh yang berasal daripada suku kaum Suluk Paitan ini juga pernah mengisytiharkan Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh "Negeri Tambunan" sebagai daerah kekuasaannya.Ayahnya,Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau iaitu dayang bandang berasal dari keluarga Sultan sulu dan berkampung di Pengalaban,Paitan.
Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan mat Salleh yang kuat.Tambunan juga merupakan benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.Pada tahun 1900,kejatuhan kota ini akibat serangan hebat kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat salleh.Pada Tahun 1894 pula mMat salleh mengambil alih tugas bapanya sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui sungai sugut.
inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh. Oleh kerana itu, Inggeris betindak dan menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu nya di sungai Sugut. Pada tahun 1896 hingga 1897.Mat Salleh dapat melepaskan diri dari penjajah inggeris. Julai 1897, Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan kompeni Hindia Timur Inggeris.Antara tempat yang dibinasakan oleh Mat salleh ialah Pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur inggeris(diserang dan dibinasakan)Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris(menyerang dan membakar)-Ambong. Pada Disember 1987, Ingeris menyerang kubu Mat Salleh di ranau yang kini dekenali sebagai Memorial Park .Banyak askar Mat Salleh terbunuh terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada Bulan Januari1898,Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di ranau dengan angkatan yang lebih besar dan banyak. Namun, Mat salleh berjaya mengundurkan diri dan membuat kubu pertahanan yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar,Tambunan kerana sangat sukar untuk ditembusi, Kubu pertahan tersebut diperbuat daripada batu bata,kayu serta buluh yang tidak dapat ditembusi peluru.Setiap penjuru dikawal, terdapat terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia untuk meminta bantuan-bantuan senjata ,makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini dijadikan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kini,Sebuah tugu dibina oleh inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu.Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa inggeris yang bererti ‘Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900.Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama 6 tahun menentang Pentadbiran Charted Company menemui ajalnya’.Pada pendapat British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan Mat Salleh ialah pejuang kemerdekaan dan seorang Pahlawan.
Oleh itu, generasi zaman sekarang haruslah menanamkan sifat patriotisme dan cinta akan negara dan negeri sendiri. Bukan senang kita hendak mendapatkan negara dann negeri yang aman kalau tidak tokoh-tokoh zaman dahulu yang bertungkus lumus mendapatkannya.Hargai la perjuangan-perjuangan tokoh-tokoh zaman dahulu dan tak kurang hebatnya tokoh zaman sekarang yang sentiasa mempertahankan negara yang berdaulat ini. Tanggal 31 ogos merupakan tarikh yang bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Dengan tarikh ini juga la, kita bebas dari jajahan inggeris dan 16 september bagi negari Sabah negeri di bawah Bayu dan Sarawak Bumi Kenyalang. Daulat Tuanku. ! 1 Malaysia.!
DISEDIAKAN OLEH: fadhlina amirah
KELAS: Dat 1A
NO. KAD MATRIK: 07DAT14F1027
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
ReplyDeleteReadmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp