Monday 15 September 2014

TOKOH-TOKOH DI PERJUANGAN SABAH

         
TOKOH-TOKOH PERJUANGAN DI SABAH

       Sabah telah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkaman penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada tahun 1963. Sebelum sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia,ianya diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan pada 31 Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara sangat bererti buat rakyat sabah dan di mana sabah dijajah selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.
         Kehadiran British di Sabah dianggap sebagai penjajah asing yang tidak disenangi oleh penduduk peribumi .British banyak membawa perubahan dan kemajuan kepada negeri Sabah tetapi perubahan tersebut dijalankan dengan tergesa-gesa dan langsung tidak mempedulikan perasaan penduduk setempat telah menimbulkan kemarahan dikalangan mereka. Perubahan yang dibawa juga banyak yang bertentangan dengan budaya dan gaya hidup tradisional mereeka. Dalam British begitu ghairah melakukan perubahan di Sabah,wujudlah beberapa pejuang yang menentang.
            Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat sabah pada ketika ini adalah hasil pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali. Satu hasrat dalam perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan pembebasan secara mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengeksploitasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut keuntungan sepenuhnya.
          Antara yang menentang adalah, Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Panglima Udun, Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, dan Datu Kedunding.dan juga Mat Salleh yang merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.Mat Salleh berketurunan Bajau dan Suluk dan dilahirkan di Inanam. Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik. Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
           Penentangan Mat Salleh meletus pada tahun 1894 apabila polis memaksa Mat Salleh menyerahkan pengikut-pengikutnya yang terlibat dalam pembunuhan dua orang Dayak di Sungai Sugut. Disebabkan keengganannya mematuhi arahan tersebut, Pasukan Kompeni telah menyerang dan membakar perkampunan Mat Salleh di Jambangan. Mujur Mat Salleh sempat melarikan diri ke Lingkabau dan membina sebuah kubu disana.
           Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah bertindak menyerang dan membakar pelabuhan Kompeni  di Pulau Gaya. Beliau Berjaya memusnahkan pelabuhan tersebut. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong. Selepas itu, pertempuran pun berlaku apabila pihak Inggeris membuat serang balas pada tahun yang sama di Sungai Inanam dimana menyebabkan Mat Salleh melarikan diri ke Ranau.
          Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

           William Cowie berpendapat bahawa keadaan yang tidak stabil itu perlu ditamatkan. Beliau telah mengesyorkan rundingan pendamaian kepada Mat Salleh dan Mat Salleh setuju untuk menghadiri rundingan tersebut yang diadakan di Menggatal pada bulan April 1898. Mat Salleh telah setuju menamatkan permusuhan dan dibenarkan mentadbir kawasan Tambunan dengan bebas. Malangnya, pada 1899  Kompeni mungkir janji dan mengambil alih kuasa di Tambunan. Pada 31 Januari 1900, tercetuslah perang sekali lagi dimana kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh dan beliau turut terkorban dalam perang tersebut. 
          Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan




MAT SALLEH

Kini sebuah tugu telah dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, ‘Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya’.



                                    2.    http://echristlyn.blogspot.com/2011/04/tokoh-tokoh-sabah.html
DISEDIAKAN OLEH :   KHAIRUNNADIA AZHARUL
KELAS :                            DAT 1A
NO. KAD MATRIK :      07DAT14F1013

1 comment:

  1. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    ReplyDelete