Tuesday 16 September 2014

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH SABAH

      PERJUANGAN ANTANOM DI SABAH

    Perjuangan kemerdekaan Sabah dan memperkenalkan pejuang-pejuang yang mempertahankan negeri ini dari dijajaholeh kuasa Inggeris hinggalah merdeka melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September1963.
        Keitka British menjajah Sabah pada penghujungabad ke-19, bangsa asing itu memperlakukan penduduk watan yang terdiri daripada kaum Murut seumpama ‘hamba abdi’. Penduduk ini ditangkap dan dijadikan buruh paksa bagi membina laluan pendalaman selain memasang kawad telegraf antara Tenom dan Rundum. Tanpa perikemanusiaan, British menetapkan jika suamiisteri kaum Murut mempunyai dua orang anak,mereka akan mengambil seorang daripada anak itu untuk dijadikan buruh di tempat mereka. British semakin menindas kaum Murut apabila mengenakan pelbagai cukai yang pelik serta membebankan . Mereka seolah-olah menganggap semua benda yang berada di bumi Sabah itu milik mereka walaupun sebenarnya mereka itu hanyalah pendatang asing yang dating ke negeri orang.

         Antanom mula mengumpul kaumnya untuk bersama-sama berjuang membela bangsa dan tanah air mereka daripada British. Beliau ingin meneruskan perjuangan dua pahlawan Murut , iaitu Linggam dan Melayak yang dibunuh oleh British selepas bangun menentang bangsa asing itu pada 1909. Antanom Berjaya mengumpul kira-kira 900 pahlawan Murut dari beberapa kawasan termaduklah Tenom, Keningau dan Persiangan bagi menjalankan penentangan terhadap British. 
          april 1915, British menghantar400 tentera untuk menyerang dan memusnahkan kubu antanom di selagit. bagaimanapun, usaha British itu 
tidak mudah dilakukan . British terus menggempur tetapi kubu pahlawan itu tetap tidak dapat dilawan. pahlawan Murut menyerang balas habis-habisan British memasang helah dan taktik kotor iaitu berpura-pura ingin berdamai dengan kaumMurut dan seterusnya akan melakukan genjatan senjata. setibanya di Rundum , British memulakan niat jahatnya dengan mengepung dan cuba menembah Antanom tetapi tidak berjaya. antanom memberitahu British rahsia kekuatan beliau utu ilmu hitam. selepas mengetahui rahsia itu , British mula mencederakan dan kepala Antanom dipancung dengan kejam.
         Antanom dibesarkan di kawasan yang dikelilingi hutan belantara yang penuh flora dan fauna di bumi Sabah . Pahlawan Murut itu berumur kira-kira 30 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan Masimpunon di Sungai Salarom pada tahun1885 dan berasal darisuku kaum Murut Tagal. Beliau membesar dalam zaman yang penuh dengan persengketaan dan mencabar.  Berlatarbelakangkan zaman penuh pergolakan pertelingkahan dan mencemaskan. Toloh itu dididik mengenal seluruh prinsip kehidupan di rimba dan dilatih supaya tangkas bermain dengan senjata. Keazaman dan keberaniannya menyebabkan beliau sanggup mati di usia muda. Tokoh itu akhirnya maut terbunuh.
Antanom menjadi legenda kepahlawanan kaum Murut khususnya masyarakat Sabah umumnya. perjuangannya menyebabkan beliau disanjung tinggi sehingga kini serta diikhtirafkan sebagai tokoh pahlawan negara yang menentang penjajahan terhadap tanah air.



DISEDIAKAN OLEH   :     ZAWANI YUSRA BINTI ZAINUDIN
KELAS                            :     DAT1A
NO. KAD MATRIK       ;     07DAT14F1019

2 comments:

  1. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    ReplyDelete
  2. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    ReplyDelete