Thursday 28 August 2014

Tokoh penentangan di sabah


                                      Tajuk: Tokoh Penentangan Di Sabah.

Pada masa kini,Malaysia merupakan negara yang paling aman dan harmoni kerana Malaysia tidak lagi mengalami masalah peperangan seperti yang berlaku pada zaman dahulu,begitu pun di negeri sabah.Sabah juga telah mengecapi kemerdekaan.Seperti yang kita tahu,selain negeri-negeri melayu di tanah melayu,sabah juga telah dijajah oleh pihak british melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara.Penduduk di sabah amat mementingkan adat dan tradisi mereka.Oleh hal demikian,penduduk sabah telah bangkit menentang kerana tindakan kompeni melanggar adat mereka.Antara tokoh yang terkenal di sabah ialah Mat Salleh atau nama sebenar beliau ialah Datu Mat Salleh.Mat salleh merupakan pejuang yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah.Selain itu,Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh “Negeri Tambunan” sebagai daerah dibawah kekuasaannya.
    Mat salleh memerupakan pembesar di hulu sungai sugut dan memerintah kawasannya dengan bebas.Beliau dilahirkan di Inanam dan berketurunan bajau dan sulu.Ayahnya,Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku bajau.Hasil dari perkahwinan itu,lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali,Mat Salleh,Badin Dan Bolong.Mat Salleh.Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya sebagai ketua kampung di daerah Linkabo dan sungai sugut.Perbalanjaan pentadbiran Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai keatas pedagang-pedagang yang melalui sungai sugut pada tahun 1894.Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di sungai sugut pada tahun 1896-1897,walaubagaimanapun Mat Salleh Berjaya melepaskan diri..
   Selain itu,Mat Salleh telah bangkit menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara kerana penggenaan cukai,pembanggunan besar-besaran,perluasaan kuasa,dan penganiayaan Inggeris terhadap mat Salleh Pada tahun 1897,Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat pentadbiran kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya.Tambahan pula,pada tahun yang sama Mat Salleh telah menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.Selepas kejadian tersebut,pada bulan disember 1897 ,Inggeris telah menyerang kubu Mat Salleh di Ranau tetapi mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.Pihak Inggeris tidak berpuas hati,akhirnya mereka sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar pada bulan januari 1898.
  Oleh itu,selepas serangan pada tahun 1898 itu, akhirnya Mat Salleh Berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru,yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar,Tambunan.Kota pertahanan tersebut sangat kukuh malah disetiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong dan jalan bawah tanah.Jalan bawah tanah dan terowong merupakan jaln rahsia yang digunakan untuk meminta bantuan senjata,makanan dari luar kota.Selain itu,jalan rahsia tersebut dijadikan jalan untuk menyelamatkan diri apabila dikepung oleh pihak musuh.
Pihak Kompeni sangat bijak mengalahkan Mat Salleh.Mereka menggunakan helah perdamaian dengan mengadakan rundingan damai tetapi kompeni telah memungkiri janji mereka.Akhirnya,Mat Salleh ditipu dengan diberikan hak mentadbir Tambunan tapi telah dikepung oleh pihak kompeni.kejatuhan kota pertahanan pada tahun 1900 akibat serangan hebat daripada kompeni Hindia Timur Inggeris dan mereka telah berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh.Dalam masa pertempuran itu,Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama 6 tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 januari 1900.
   Walaupun pada pandangan British Mat Salleh merupakan pemberontak tetapi bagi rakyat tempatan,Mat Salleh merupakan pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.Oleh hal demikian,sebagai rakyat di negeri Sabah kita haruslah mencontohi dan mengenang jasa pejuang kita kerana mereka sanggup mempertahankan negeri Sabah daripada pihak kompeni sehingga ke titisan darah terakhir mereka.





                                (2)Buku teks Pengajian Malaysia DUB1012(m/s 18)
Disediakan oleh:  Che Nilawati Binti Akup
Kelas:                    DAT1A
No.Matrik:            07DAT14F1061